Lazada Philippines
Empowered Your money Today!

Syariah Dalam Kehidupan Muslim

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'. Selain hukum clan aturan, Syariat Islam juga berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (Al-Jathiah: 18)

3.2 PENGERTIAN

3.2.1 Syariah; Pengertian Bahasa

Perkataan syariah dibahagikan kepada beberapa erti. Antaranya yang dapat dijelaskan di sini ialah seperti berikut:

i. Sumber air yang mengalir dan tidak putus ('Ali Jarisyah, 1991,Fairuzabadi, t.th.). Untuk mengambilnya tidak perlu menggunakan alat khusus dan ia didatangi oleh manusia dan binatang ternakan, seperti lembu dan kambing untuk minum air. Dalam konteks tersebut, sumber air ini digunakan untuk kehidupan dan dapat memberi keselamatan pada tubuh badan dan fizikal.
ii. Jalan yang lurus atau pertunjuk serta jalan yang jelas nyata (Al-Asymawi, 1996). Syariat memandu umat manusia ke arah kebaikan, kehidupan dan membentuk akal mereka (Al-Asyqar, 1982,Al-Sariyati, 1993). Hal itu dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (al-Jathiah : 18)
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama (Al-Asymawi, 1996).
iii. Segala sesuatu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap para hambaNya. Ia merangkumi apa sahaja yang di syariatkan dan perintah Allah daripada agama, seperti sembahyang, puasa, membuat kebajikan dan meninggalkan maksiat (Al-Qaradawi, 1997).

Hukum hakam dikenali dengan syariah kerana ia merapakan peraturan yang lurus serta hukum yang tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan daripada tujuannya yang telah ditetapkan (Al-Tarifi, 1998). Antara lain, ia juga dikenali dengan syariah kerana menilai sudut persamaannya dengan sumber air. Syariah itu merupakan sumber dan jalan penghidupan jiwa dan santapan akal sebagaimana juga sumber air merupakan jalan serta sumber penghidupan fizikal dan tubuh badan (Al-Sariyati, 1993).

Pengertian Istilah

Seterusnya perkataan al-Syariah menurut pengertian dan penggunaan istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut:

a) Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, apa yang berkaitan dengan perintah serta kaitannya (Khallaf, 1968).

b) Segala peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah atau Dia telah mensyariatkan dasar-dasarnya bersumber daripada al-Quran dan hadith (Badran, 1972). Semua itu agar manusia melaksanakannya untuk diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan mereka dan sesama Muslim atau orang lain dan alam semesta.

c) Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makhruh atau sunat. Ia disampaikan oleh rasul-Nya yang terkandung di dalam al-Qur'an dan hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya, seperti: al-Qiyas serta dalil lain (Al-Qaradawi, 1997).

Sebagai rumusannya, perkataan syariah tersebut berasal daripada syara' yang bererti: Mengadakan syariah. Justeru, daripadanya terbentuk pengertian menyusun, mengadakan kaedah-kaedah, menjelaskan peraturan-peraturan dan menjelaskan hukum-hukum. Oleh itu, syariah Islam merupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang mana ditetapkan oleh Allah untuk sekalian umat manusia menerusi perantaraan Baginda Rasulullah s.a.w yang lermaktub di dalam al-Quran dan hadith. Seterusnya syariah secara umum ialah segala hukum yang ditetapkan oleh Allah terhadap hamba-hambaNya menerusi perantara rasul supaya mereka mengikuti serta beramal dengannya. Apabila ilmu Islam berkembang luas dan menjurus kepada bidang-bidang yang khusus, maka syariah ini difahami sebagai mencakupi tiga bidang ilmu iaitu ilmu Aqidah, ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Perkembangan yang terakhir disebabkan penjurusan bidang ilmu perkataan syariah dikhususkan pengertiannya kepada perkara-perkara yang berhubung dengan amalan lahiriah manusia semata-mata yang dikenali kemudiannya dengan istilah Fiqh (Abdul Halim El-Muhammady, 1993).

3.2.2 Fiqh Pengertian bahasa

Ahli bahasa Arab menggunakan perkataan al-Fiqh dengan beberapa erti, antaranya yang utama ialah :
a) Kefahaman mutlak serta kepintaran.

b) Faham terhadap tujuan atau maksud bicara seseorang. Penggunaan lafaz tersebut terdapat dalam al-Quran dan hadith, antaranya ialah:

i. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran) (al-Nisa': 78).

ii. Sabda nabi yang bermaksud: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, dijadikan iafaham (mendalam) tentang agama (Riwayat Bukhari dan Muslim)

c) Menurut al-Raghibal-Asfahani dalam kitab: Garibal Quran al Fiqh dari segi bahasa bererti: Mengetahui sudut hakikat atau batin sesuatu serta menyampaikan kepada initipatinya (Badran, t.th). Al-Quran telah menggunakan kalimah tersebut untuk pengertian kefahaman yang mendalam, antaranya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham akan kata-kataku (Taha: 27)

Pengertian Istilah

Perkataan fiqh sudut istilah pula ialah :

a) Sesuatu ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah Islam. laitu mengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang terperinci (Al-Husari, 1981, Badakhsi, t. th., Mawsu'at al-Fiqh al-Islamiyy, 1990 ).

b) Ilmu yang berkaitan dengan hukum yang diperoleh menerusi ijtihad dan pendapat mujtahid serta ketetapan Allah, seperti ilmu yang menyentuh berkaitan pembunuhan yang diharamkan dan diwajibkan qisas (Husain, 1972).

c) Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahid daripada dalil-dalil yang juz'i atau pecahan. laitu perbuatan hamba dan menjelaskan tentang sifatnya, seperti wajib, sunat, harus dan makruh. Untuk itu, apa sahaja yang terbentuk daripada seorang hamba Allah, sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan mendapat penilaian dari sudut fiqh.

Sebagai rumusannya, fiqh merupakan ibarat tentang sekumpulan hukum syariah yang menjelaskan tentang sifat yang terbentuk atau lahir daripada manusia (Khallaf, 1995). Semua hukum syarak wajib diikuti serta beriltizam dengannya. Jika diingkari, ia dikira sebagai suatu penderhakaan dan akan mendapat balasan azab.

3.2.3 Hukum

Hukum biasa didefinisikan sebagai 'arahan Tuhan (Khitab Allah) yang berkait dengan perbuatan mukallaf '(af'al al-mukallafin) (al-Ghazaliyy, 1294H). la mungkin diperoleh secara terus daripada nas-nas al-Quran atau al Sunnah dengan menggunakan kaedah penganalisaan nas (qawa'id al-tafsir). Dalam keadaan ini ia disebut sebagai hukum mansus. Prinsip yang digunakan dalam kaedah penganalisaan nas ini berasaskan kepada penganalisaan bahasa iaitu dikenal sebagai istidla

3.2.4 Undang-undang

Undang-undang ialah norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan oleh Badan-badan Perundangan tertentu menerusi proses-proses tertentu. Merujuk kepada undang-undang Islam, ia bermaksud ketetapan-ketetapan sy ariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan (Mahmood Zuhdi, 1992).Melalui proses perundangan ini, segala hukum Allah dapat dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat sebagai sistem hidup yang lengkap.

3.3 MAQASID SYARI'AH

Mengikut Ibn 'Ashur (1366H), Maqasid al-Shari'ah dalam konsepnya yang umum ialah "pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatannya. 'Alal al-Fasyy (1966) pula menyebut ia sebagai tujuan dan rahsia hukum yang ditentukan oleh syariat Islam. Menurut ar-Raysuniyy (1995), secara mudahnya huraian-huraian Ibn 'Ashur dan al-Fasi ini boleh diringkaskan sebagai "objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi kepentingan manusia". Elemen-elemen berkenaan ialah,

• Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama

• Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia

• Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal

• Menjamin kehormatan dan maruah diri

• Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta

3.3.1 Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama

Penyelidikan yang dilakukan oleh manusia terhadap segala yang ada di alam semesta akan membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan sunnatullah (the law of nature). Firman Allah yang bermaksud,

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka hati mahupun terpaksa dan hanya kepadaNyalah mereka dikembalikan (al-Imran: ayat 83)

Walaupun Allah s.w.t telah menegaskan tentang kemuliaan dan ketinggian akal, namun kemampuannya adalah terhad di ruang alam benda sahaja. Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh atau hal ketuhanan, bukan urusan dan bidang yang dapat diterokai oleh akal manusia. Justeru itu, manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran. Firman Allah bermaksud,
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (laitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami (Allah) anugerahkan kepada mereka (al-Baqarah: ayat 2)
Hanya agama Allah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbuatan syirik kepada Allah adalah suatu kekejian yang boleh merosakkan aqidah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

Barangsiapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi (al-Imran : ayat 85)

Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu. Justeru, syariah Islam menetapkan hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad memerangi kafir harbi yang menceroboh. Hal ini sekali gus dapat mempertahankan agama, maruah diri, menyebarkan dakwah yang maha suci untuk menjaga hak kebebasan beribadat dan beragama. Hal ini selaras dengan firman Allah yang mengizinkan memerangi orang kafir yang menceroboh:
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai (al-Hajj: 39)

3.3.2 Menjamln keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia

Juminan keselamatan terhadap setiap nyawa daripada pencerobohan oleh manusia lain telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Sama ada diri sendiri utau diri orang lain, perbuatan membunuh adalah sesuatu yang amat dilarang oleh Allah s.w.t. Sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal juga adalah ditegah. Perbuatan itu memusnahkan generasi manusia. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada bahaya sentiasa digalakkan. Firman Alllah yang bermaksud,

Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu (al-Baqarah 2:256)

Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya (al-Imran 3:20)

Punca Asal : ctu101az.

Teruskan membaca »»»

Lazada Philippines
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Malaysia Ministry Of Home Affair Royal Malaysian Police ( RMP / PDRM ) Volunteers of Malaysian People ( RELA ) Federal Territory Islamic Affairs Department ( JAWI ) Civil Defence Of Malaysia Malaysia Fire And Rescue Department