Lazada Philippines
Empowered Your money Today!

Bantahan Rakyat Malaysia Menentang Rancangan Donald Trump




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 8 Disember 2017 mengetuai bantahan rakyat Malaysia di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi menentang rancangan Amerika Syarikat mengiktiraf tindakan Israel memindahkan ibu kotanya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Source : kosmo - 08 Disember 2017 7:39 PM

Play-Asia.com - Play-Asia.com: Online Shopping for Digital Codes, Video Games, Toys, Music, Electronics & more

Seluruh dunia Islam bantah Trump
Keputusan iktiraf Baitulmuqaddis ibu kota Israel cetus gelombang tunjuk perasaan

Seluruh dunia Islam bantah Trump


Istanbul, Turki -

Dunia Islam semalam bangkit menentang tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan me­rancang memindahkan kedutaan AS ke bandar itu, beribu-ribu penyokong Palestin berarak selepas solat Jumaat kerana berang dengan keputusan Trump. 
Mereka melaungkan slogan termasuk ‘Baitulmuqaddis hak kami dan akan kekal demikian!’ serta ‘Jatuhkan Amerika, Jatuhkan Israel’. Seorang koresponden agensi berita AFP berkata, penunjuk perasaan berarak selepas solat Jumaat di masjid Ottoman Fatih, pusat bandar Istanbul. Bantahan serupa turut dirancang di seluruh Turki semalam.

Genting Gaza -

pergerakan Hamas menggesa penduduk Pa­lestin supaya menguburkan usaha damai Palestin-Israel tajaan Washington dan melancarkan gelombang kebangkitan baharu untuk menentang Israel sebagai tindak balas terhadap pengumuman Trump. “Kami menggesa untuk melancarkan intifadah (gelombang kebangkitan Palestin) bagi menghadapi Rejim Zionis,” kata pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ketika berucap di Gaza.

Kumpulan-kumpulan serpihan di wilayah Palestin itu mengisytiharkan semalam sebagai ‘Hari Kemarahan’. Sehari sebelumnya, seramai 31 orang cedera apabila rakyat Palestin bangkit dan bertempur dengan pasukan keselamatan Israel. Gesaan ‘Hari Kemarahan’ oleh penduduk Palestin turut dibuat oleh ulama Iran, Ayatollah Ahmad Khatami. “Beliau (Trump) membuktikan bahawa satu-satunya penyelesaian kepada isu Palestin ialah intifadah,” kata Khatami dalam khutbah Jumaat di masjid terbesar Teheran, Mosalla.

Terdahulu, Kementerian Luar Iran mengecam keputusan Trump sebagai ‘provokasi dan tidak bijak.’ Malah, Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, tindakan Wa­shington salah, tidak sah dan amat berbahaya. Berpuluh-puluh ribu rakyat Iran mengadakan perhimpunan di seluruh negara itu semalam bagi membantah keputusan Trump, lapor agensi berita Xinhua. Demonstrasi itu sebagai menyahut gesaan Tentera Pengawal Re­volusi Islam Iran supaya bantahan anti-AS-Israel diadakan sebelum solat Jumaat.

Teheran, Iran -

penunjuk perasaan yang marah membanjiri jalan raya sambil membawa sepanduk anti-AS. Mereka turut melaungkan slogan menyokong perjuangan rakyat Pa­lestin. “Al-Quds (Baitulmuqaddis) milik orang Islam akan kekal di bawah Islam,” kata penunjuk perasaan. Kemarahan membuak-buak terhadap perisytiharan Trump turut disuarakan oleh beribu-ribu orang di beberapa buah bandar di Tunisia kelmarin. Demonstrasi kelmarin berlangsung secara aman dengan beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di pusat bandar Tunis. Mereka membakar dan memijak imej memaparkan bendera AS dan Israel.

Indonesia -

yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia pula, beratus-ratus orang Islam mengadakan demonstrasi mengutuk keputusan Washington ketika pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan di luar Kedutaan AS di Jakarta. Bantahan diadakan ketika pe­mimpin Indonesia dan Malaysia menyahut suara dunia mengutuk tindakan oleh Trump. Kumpulan penunjuk perasaan berpakaian putih berhimpun di luar Kedutaan AS dengan sebilangan mereka memakai skaf dan mengibarkan bendera Palestin, manakala yang lain melaungkan ‘Tuhan Maha Besar’.

“Kami menempatkan petugas dan kereta peronda untuk mengawal Kedutaan AS. Kami menjangkakan ketibaan antara 500 hingga 1,000 penunjuk perasaan,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono. Keputusan Trump itu bukan sahaja dikecam oleh pemimpin-pemimpin dunia Islam, malah bekas Presiden AS, Jimmy Carter sendiri memberi amaran bahawa langkah mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel boleh menjejaskan sebarang harapan untuk keamanan di Asia Barat.

Kota Baitulmuqaddis menempatkan Masjidil Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci kepada umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Ma­dinah, kedua-duanya di Arab Saudi. Rejim Zionis menganggap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel untuk selama-lamanya dan kota itu tidak boleh dibahagi-bahagikan. Rakyat Palestin pula mahu timur Baitulmuqaddis sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang mereka perjuangkan hingga hari ini. Israel menawan timur Baitulmuqaddis semasa Perang Asia Barat pada tahun 1967 dalam tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Reuters/AFP/Bernama

Source : kosmo - 09 Disember 2017 3:00 AM



Trump bawa Baitulmuqaddis kembali ke Zaman Kegelapan

Trump bawa Baitulmuqaddis kembali ke Zaman Kegelapan


Brussels, Belgium -

Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel boleh menyebabkan rantau Asia Barat ‘kembali mundur ke zaman lebih gelap’, kata diplomat kanan Kesatuan Eropah (EU) Federica Mogherini dalam amarannya kelmarin. “Pengumuman Trump mengenai Baitulmuqaddis mempunyai potensi impak yang amat membimbangkan. Ia adalah konteks yang amat rapuh dan berisiko membawa kita ke belakang ke zaman lebih gelap berbanding era kehidupan yang kita jalani sekarang,” kata Mogherini pada satu sidang akhbar di Brussels. Langkah Trump yang mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan kuasa antarabangsa lain telah mengubah pendirian samar-samar AS sepanjang tujuh dekad berhubung status kota suci itu yang dituntut oleh Palestin dan Israel.

Kementerian Luar Israel menyifatkan pendirian Mogherini sebagai ‘pelik’ dan menambah: “Sebarang penafian tentang kebenaran ini (Baitulmuqaddis ibu kota Israel) akan melengahkan keamanan kerana ia memupuk harapan tidak realistik dalam kalangan warga Palestin. Trump membuat keputusan yang berani dan adil demi keamanan dengan mengesahkan kebenaran ini.” EU sudah lama menyokong penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik Israel-Palestin dan Mogherini berkata, 28 negara anggota blok EU akan meneruskan kerjasama dengan kedua-dua pihak di samping Mesir dan Jordan untuk menghidupkan semula perbincangan damai secara langsung antara kedua-dua belah pihak. Mogherini yang menemui Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi di Brussels semalam dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin lalu berkata, demonstrasi bagi membantah keputusan Trump itu perlu diadakan secara aman.

Moscow -

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa keputusan Trump termasuk rancangan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis akan menggugat keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat, demikian menurut satu kenyataan rasmi. Merujuk kepada kenyataan rasmi bersama mereka yang disiarkan di laman web Presiden Rusia kelmarin, agensi berita Xinhua melaporkan bahawa kedua-dua pemimpin itu melahirkan kebimbangan serius mengenai perkembangan terbaharu di Baitulmuqaddis dalam satu perbualan telefon. – AFP/Bernama

Source : kosmo - 09 Disember 2017 3:00 AM



Batal solat Jumaat kerana kes tembak

Batal solat Jumaat kerana kes tembak


Baitulmaqdis -

Polis Israel membatalkan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa semalam selepas dua rakyatnya cedera parah dalam kejadian tembakan berhampiran kawasan berkenaan. Menurut jurucakap semalam, polis masih menyiasat sama ada tiga lelaki bersenjata yang dibunuh dalam kejadian di al Haram al Sharif itu adalah orang Palestin. Dalam kejadian semalam, tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap polis Israel di Kota Lama Baitulmaqdis sebelum melarikan diri berhampiran tempat suci itu dan ditembak mati pasukan keselamatan.

Tiga orang cedera dengan dua daripadanya kritikal akibat kejadian berkenaan. Kejadian itu antara yang paling serius berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Baitulmaqdis, sekali gus dibimbangi meningkatkan lagi ketegangan antara Israel dan Palestin. Setakat ini tiada butiran lanjut berhubung identiti penyerang berkenaan.

Pertempuran antara penduduk Palestin dan rejin Zionis sering berlaku di situ, namun kejadian tembakan jarang berlaku di situ sebaliknya kerap membabitkan serangan menggunakan pisau. Bunyi tembakan dapat didengar di kawasan itu dalam video yang dikongsi di media sosial. Sementara itu, mufti besar Baitulmaqdis, Muhammad Ahmad Hussein dilaporkan ditahan pihak berkuasa susulan kejadian itu. Perkara itu dinyatakan anaknya, tetapi polis enggan mengulas dakwaan itu. - AFP

Source : hmetro - 15 Julai 2017 4:19 AM

Related Post : Source : Wikipedia / kosmo / hmetro / Reuters / AFP / Bernama

Lazada Philippines
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Malaysia Ministry Of Home Affair Royal Malaysian Police ( RMP / PDRM ) Volunteers of Malaysian People ( RELA ) Federal Territory Islamic Affairs Department ( JAWI ) Civil Defence Of Malaysia Malaysia Fire And Rescue Department